Saturday, April 28, 2012

penyesalan.



Bwat mereke2 di luar sana!!!! read this!!! :)




" aku junjung petuamu. cintai dia yang mencintaiku."
*antara bait2 lagu kris taming sari & melly go slow down. haha. 

so. bukak la hati utk org yg sayang kat kite. mane twu dia tuhh la kebahagiaan yg kita cri-cri. takan rugi pny. percayala. :)






Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Friday, April 27, 2012

Gurls!! partner korg mcm nih ke?



bestnye if partner2 kite ade ciri2 yg mcm kat bwh nih kan. cube try bace n pk2 lahh ade tak ur partner berkelakuan mcm nih. antara ciri2 partner yg sume gugurl2 kat lua sne dream of are :


1.Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2.Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

3.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

4.Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

5.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

6.Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

7.Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
8.Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

9.Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

10.Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

11.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun

12.Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
13.Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

14.Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

15.Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan..



Susah nk jmp lelaki mcm nih. but if u penah jmpe. dont let him go.okayyy!!! ;)
As for me. mine da perfect. even tak sume ciri2 kat ats nih die ade. but most of them is himm!!!. Alhamdulillah.
If partner korg mcm nih. wah beruntungnye kamu2 sume punnnn. so hargai n sayangi mereka sebaik mungkin. tau tau. tau. :)



Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Thursday, April 26, 2012

kite baik ke?




Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik..
tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan? 

Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan? 

Kita buat baik, tak semestinya baik..
tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan? 

Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah, tak salah kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik..
Amin Ya robbal 'alamin


p/s : Jangan hanya melihat keburukan orang, 
kerana seburuk-buruk dia ada 1001 kebaikan yang kamu tidak pernah lihat.
- Ustaz Don Daniyal -





Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Wednesday, April 25, 2012

Janji Allah.

ketahuilah bahawa UJIAN itu...
akan mendekatkan diri kita dengan Allah,
mengajar kita agar berdoa dan memohon hanya kepada Allah,
dan menghilangkan sifat sombong dan takbur dalam diri kita.

Setiap manusia diuji dengan pelbagai cara, dan kita seharusnya bersyukur
dengan segala yg telah Allah S.W.T tentukan.
seentiasa berdoa kepada- Nya dalam susah atau senang,
Sentiasa menjaga hubungan dengan-Nya,
dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.

 Allah akan sentiasa disisi kita.
Allah akan permudahkan segala urusan hamba-Nya yang selalu mengingati-Nya.

ITU JANJI ALLAH :)



Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Friday, March 16, 2012

kah.kah.kah. release tension di pagi hari.

Korg bosan? lapa? ngantok? marah? perut memulas? ditinggal bf/gf? stress ngan assignment?
ape keadaan sekalipun. 
mai2 sini. baca cerita tak sirius nih. mst bole ketawa. har.har.har.
 *sape tak ketawe mknenye tade perasaan. 

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..” 

kah.kah.kah. seb baek nenek aku tak mcm nih. kalau tak tade la pak senin skrg.hohohohoh.

dah ade mood? okay. skrg g sambung keje. hihihi ;)









credit to : melayu boleh




Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Monday, February 27, 2012

Saturday, February 4, 2012

Mengingati Pemimpin Dunia Akhirat :)

Salam Maulidur Rasul semua. :)  Sempena maulidur rasul nih.jom la kite menghayati serba sedikit mengenai Nabi Muhammad S.A.W.





Tahu tak ape tande2 ketika kelahiran Rasulullah S.A.W.

1) semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.


2) ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.


3) Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.


4) Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.


Subhanallah. kebesaran Allah S.W.T =)


Tahu tak, wajib ke atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkandalam kehidupan seharian. Semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna cintanya kepada Rasulullah S.A.W


Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut adalah:

1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda saw.
so nk twu tak antara 7 sunnah Rasulullah S.A.W, antaranya ialah :

  • Tahajjud
  • Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari
  • Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
  • Jaga solat dhuha
  • Jaga sedekah setiap hari
  • Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. 
  • Amalkan istighfar setiap saat.


2. Banyak mengingati Rasulullah dan menyebutnya.

3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah saw

4. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda saw baik dalam menyebut nama atau memanggilnya.

5. Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya, Ahlul-baitnya (keluarga), Para isteri Baginda saw, Para sahabat Baginda saw.

6. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya.


Marilah kita perbanyakkan selawat ke ats junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu  pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu. "  (Al-Nasai & Ibn Hibban)
Semoga tahun ini sama-sama kita dapat lebih menghayati perjuangan Rasulullah, mencontohi akhlak2 Rasulullah dan semoga akan lebih mencintai Rasulullah S.A.W. Amin yarabbal Alamin. :)

Before mengakhiri entry yg penuh bermakna utk ari nih.jom sme2 kte hayati lgu yg indah di bawah nih ;)




    posted by : syida senin 2:16 pm

Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...