Wednesday, February 2, 2011

"Jealousy"

Lelaki nih kuat jealous ke??? Tatau?? aku pown tatau lelaki nih kuat jealous ke x...maybe it depends gak la kot...cm kte kaum pompan gak....ade yg jealous bertempat..ade yg cemburu buta nk mam...ade yg bwat x ksh jew...pendek kata...we all are human being..msti akn ade sifat jealous tuhh even sikit en..en..???
As for me...aku pown ade sifat jealous tuhh gak...tp blom la tahap klimaks lg..hakhakhak...masih bole dikawal...
lets find out about jealousy between Romeo & Juliet...hehheheh



Antara lelaki ngn pompan...spe lg kuat cemburu????hehehhhe...haaaaaaaaa...jawabla~~~~






Kalau tanya perempuan tentu tentu perempuan akan jawab lelaki.Bila tanya lelaki, mereka jawab perempuan.


KENAPA POMPAN KATA LELAKI CEMBURU??????

* Kalau si GF tegur si BF yang cuba nak berbaik baik dengan kawan perempuan,kawan sekelas ke. Mereka akan cakap “Nak berkawan pon salah?” “Perempuan ni memang suka kongkong lah”. Tapi kalau si GF buat benda yang sama, baik baik dengan kawan lelaki, mulalah si BF nak merajuk & emosi. Tuhh blom cter si lelaki cemburu dgn mmbr2 pompan si GF nye tuhh siri... **walawei...pe kehal nih yob??? ngn mmbr2 pompan awek lu pown lu nk jelez gak ke.....haisyhhhhhhh!!!!

KENAPA LELAKI CKP POMPAN YG JELEZ?????

* Perempuan ni berjiwa sensitif, kalau si BF  macam cuba nak beramah mesra dengan cashier masa nak bayar barang atau toll gate girl time nak bayar duit tol pun dah muncung sedepa. Mulalah nak ungkit. Cerita 4tahun lepas pun boleh keluar. Ataupun bila si BF nak pergi reunion, mulalah nak cakap “tu nak pergi jumpa GF lama la tu” or “ni mesti nak mengelak keluar dengan i kan?”. ** Ala...reunion je kot...klu BF lu nk kt X-GF  die pown...blom tentu X-GF die nk kt die la..hahahhaahha =D


INFO I : KENAPA POMPAN SELALU DICOP KUAT CEMBURU EA???? 


1. Perempuan lebih cenderung untuk tunjuk cemburu tu dengan reaksi muka,tindakan, bebelan. Lelaki lebih suka, simpan dalam hati & menunjukkan dengan cara sendiri yang lebih tersirat. Ego! 

2. Perempuan lagi kritikal dalam berfikir.Tapi terlampau memikirkan sangat sesuatu perkara sampai memberi kesan kepada life sendiri pon tak bagus. Yang lelaki,selalu menganggap benda tu sebagai remeh, malas nak pikir & tak perlu nak serius sangat. Kadang kadang tu macam ignorant pon ada.


And wanna know something about our boyfie??? cane nk detect sifat jelez diorg??? haaaaa...nih ade index mengenai cemburu lelaki mengikut horoskop!!!!! Lets check it out!!! =P

 Info II : INDEKS CEMBURU LELAKI MELALUI HOROSKOP

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

Pisces

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja


p/s : Kpd umat islam...statement di atas merupakan ramalan dan andaian oleh manusia sahaja...jd kte bole bce tp dilarang sma skali utk pcy..sbb segala2nye adalah ketentuan Allah S.W.T....bkn dtg dri ramalan sape2...okay...
  

So...Perempuan kuat cemburu... Lelaki pun apa kurangnya kan?  Sebenarnya, sama je 2-2. Perasaan cemburu ni bukan ikut horoskop ke jantina ke, warna kulit..bangsa..negara..saiz kasut, jumlah penduduk negara atau average yg kua mengundi kt Tenang ritu..hahhahaha... it depends on cara kita mengawal rse jelex tuhh & how kte tunjuk en rse jelez tuhh je.....




Sbg conclusion nye...ingin sye nyatakan disini.....bahawa... jealous is normal....sifat cemburu tuhh kne ade kt setiap psgn....sbb cemburu tuhh en tndenye sayang....klu dh sayang..kne la jge elok2 en...klu tak sayang..kte takan amek peduli psl psgn kte en....tp kne igt...cemburu tuhh mstla UNDER CONTROL and mstilah BERTEMPAT...rite???...  renung2kan dan selamat beramal~~~~ =)





Posted by : Syida Senin     16:11 p.m




Just sharing. Thanks for reading heeee :P

1 comment:

  1. cik syida berckap sal jealous...WOW!!!hehehe

    nice lah blog kaw...congrat!!

    follow me back besty!!!muaxs!!

    rindu ko!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...