Tahu tak ape tande2 ketika kelahiran Rasulullah S.A.W.
1) semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
2) ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
3) Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
4) Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Subhanallah. kebesaran Allah S.W.T =)
Tahu tak, wajib ke atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkandalam kehidupan seharian. Semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna cintanya kepada Rasulullah S.A.W
Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut adalah:
1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda saw.
so nk twu tak antara 7 sunnah Rasulullah S.A.W, antaranya ialah :
- Tahajjud
- Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari
- Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
- Jaga solat dhuha
- Jaga sedekah setiap hari
- Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
- Amalkan istighfar setiap saat.
2. Banyak mengingati Rasulullah dan menyebutnya.
3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah saw
4. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda saw baik dalam menyebut nama atau memanggilnya.
5. Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya, Ahlul-baitnya (keluarga), Para isteri Baginda saw, Para sahabat Baginda saw.
6. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya.
Marilah kita perbanyakkan selawat ke ats junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu. " (Al-Nasai & Ibn Hibban)
Semoga tahun ini sama-sama kita dapat lebih menghayati perjuangan Rasulullah, mencontohi akhlak2 Rasulullah dan semoga akan lebih mencintai Rasulullah S.A.W. Amin yarabbal Alamin. :)
Before mengakhiri entry yg penuh bermakna utk ari nih.jom sme2 kte hayati lgu yg indah di bawah nih ;)
Before mengakhiri entry yg penuh bermakna utk ari nih.jom sme2 kte hayati lgu yg indah di bawah nih ;)
posted by : syida senin 2:16 pm
nice blog, followback
ReplyDelete