Wednesday, August 29, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


P/S : Setiap saat kamu menyebut, ”Bismillahir Rahmanir Rahiim,” itu berarti kamu mengingat Allah SWT, “Wahai Tuhanku, aku mengingat-Mu!” dan Allah SWT akan membalas, “Wahai hamba-Ku, Aku mengingatmu!” :)



Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Friday, August 17, 2012

Masihkah ada lagi Ramadhan?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari nie Insya-Allah, akan jadi hari terakhir Ramadhan. Esok da raye dah. Ya Allah, cepatnye mase berlalu, Ramadhan da nak meninggalkan kita. satu je persoalan yang timbul sekarang, masih adakah lagi Ramadhan untuk kita? Masih berkesempatan kah lagi kita untuk menemui Ramadhan tahun hadapan? Adakah ini Ramadhan terakhir untuk kami Ya Allah?  Hanya Allah sahaja yang tahu.  Yang pasti, Ramadhan pasti akan dirindui. :'(




p/s : masih adakah lagi Ramadhan untuk kita? Sempurnakah Ramadhan kita tahun ini? 
Tepuk dada tanya iman. :)


Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Thursday, August 16, 2012

Kisah Fizi & Ahmad.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kalau dulu2, bile tibe musim puasa and raye nih, antara yang paling popular ialah iklan raye. macam2 iklan raye yang kelua, siap kene band pon ade. kalau dulu, iklan dari Petronas antara yang paling superb and paling besttt la senang cite. And tok taun ni plak aku nak bagi award "iklan paling tangkap leleh" ialah iklan dari Bernas. Siyesly, menangis gak la aku tengok iklan ni, sebak rasenye. iklan nih bukan setakat lakonan semate2, tp jugak menceritakan kisah hati anak2 yatim yang kurang bernasib baik yang tidak dapat menyambut raye bersama ibu & ayah. tp bukan tu je, aku ske tgk iklan nih sebab budak bedua nih cuteeee sangat.hihihi :)





cute kan diorang. :)


p/s : Bersyukur sebab masih ade mak & abah, adik beradik and orang tersayang untuk sambut raye sesame. :)




Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Monday, August 13, 2012

Where is the soul?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Arini nak kongsi cite yang aku baru bace tadi, cite yang ade 1000 makne disebaliknya. Read this, there's something valuable lessons within these story. :)


Once upon a time there was a rich King who had four wives. He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to the finest of delicacies. He gave her nothing but the best.

He also loved the 3rd wife very much and was always showing her off to neighboring kingdoms. However, he feared that one day she would leave him for another.

He also loved his 2nd wife. She was his confidant and was always kind, considerate and patient with him. Whenever the King faced a problem, he could confide in her, and she would help him get through the difficult times.

The King's 1st wife was a very loyal partner and had made great contributions in maintaining his wealth and kingdom. However, he did not love the first wife. Although she loved him deeply, he hardly took notice of her!

One day, the King fell ill and he knew his time was short. He thought of his luxurious life and wondered, "I now have four wives with me, but when I die, I'll be all alone." Thus, he asked the 4th wife, "I have loved you the most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No way!", replied the 4th wife, and she walked away without another word. Her answer cut like a sharp knife right into his heart.

The sad King then asked the 3rd wife, "I have loved you all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No!", replied the 3rd wife. "Life is too good! When you die, I'm going to remarry!" His heart sank and turned cold.

He then asked the 2nd wife, "I have always turned to you for help and you've always been there for me. When I die, will you follow me and keep me company?" "I'm sorry, I can't help you out this time!", replied the 2nd wife. "At the very most, I can only send you to your grave." Her answer came like a bolt of lightning, and the King was devastated.

Then a voice called out: "I'll leave with you and follow you no matter where you go." The King looked up, and there was his first wife. She was so skinny as she suffered from malnutrition and neglect. Greatly grieved, the King said, "I should have taken much better care of you when I had the chance!"

In truth, we all have 4 wives in our lives: Our 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it will leave us when we die.

Our 3rd wife is our possessions, status and wealth. When we die, it will all go to others.

Our 2nd wife is our family and friends. No matter how much they have been there for us, the furthest they can stay by us is up to the grave.

And our 1st wife is our Soul. Often neglected in pursuit of wealth, power and pleasures of the world. However, our Soul is the only thing that will follow us wherever we go. So cultivate, strengthen and cherish it now, for it is the only part of us who will follow us to the throne of God and continue with us throughout Eternity.



p/s : credit to FB I ♥ Muhammad
Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Sunday, August 12, 2012

Diberi susu dibalas tuba.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hamboi2, tajok nak gempak. ade kene mengene ke? haha. Senanye arini aku just nak kongsi crita pasal perangai2 manusia yang aku jumpa. maybe some of you pon pena jumpa jugak ngan jenis manusia yang macam nih.
Tadi petang aku kua gi ONE STOP. korang twu ape tu ONE STOP? mesti ramai yang tatau kan. ONE STOP nih cam kedai yang jual barang serbaneka, kat batu pahat and muar je kot aku rase ade. aku bukan la nak crita pasal supermarket nih, tp yang aku paling bengang pasal pekerja and ketua pekerja kat kedai tuhh. Td aku planned nak beli satu balang kaca, and bile tengok balang kaca tu satu saiz je, aku pon pegila tanya sorang pekerja kedai nih. kalau ikutkan logik, memang tugas diorang la kan nak served customer. tapi amat mendukacitakan bile soalan yang aku tanya tadi dijawab macam acuh tak acuh. pandang aku pon tak. aku twu la aku tade la cantik mane tp sangat rude okay cakap macam nak tanak and pandang pon tak. Hello!!! besar sangat ke pangkat cik akak ye sampai layan customer macam nih. keje kat kedai macam tu je pon, tapayah la nak berlagak sangat ye. tp aku still mempositifkan diri dengan menganggap si pekerja nih adalah OWNER supermarket tu, tu yang die belagak tak ingat dunia. haha.
Sorry to say la, aku bukan nak membangga diri atau merendahkan sesape tapi tapi tapi aku nak tanya la, pekerja2 kat supermarket macam tuhh sume ade PHD ke ek? sampai belagak tak hengattt. nak cakap la orang yang keje kat bank pon lagi mesra alam kot. Bukan supermarket je, member2 aku pon penah kene gak ngan akak2 CANTIK GILER yang jual tiket kat kaunter tiket. Layanan kasar, muke ketat, sampai hempas2 barang pon ade, memang kurang aja. Tak paham la diorang ni. Ape yang diorang pike ek. bukan la nak hina keje diorang tapi keje tadela hebat mane.  kalau diorang owner syarikat bus tu, aku paham la kalau diorang pandang rendah kat aku, sebab aku blaja pon tak habes, ye tak? Aku tak harap diorang junjung aku tapi atleast senyum la. keje korang memang tok layan pelanggan pon, so jalankan la tugas korang. Walau keje ape sekalipon, buat la dengan ikhlas, tu yang penting, gaji yang dapat pon berkat, ye tak? Berkat tak berkat aku tanak komen banyak la sebab tuhh keje Allah kan.Tp kat sini aku tak cakap la semua penjual tiket nih kwang ajaq, ade jugak la yang aku jumpa tu peramah and bole layan pelanggan dengan baik. mungkin orang2 macam nih yang kene dijadikan contoh. lagi satu kalau la untong nasib aku, owner syarikat bas JEBAT ke, CEPAT EXPRESS ke, nak bace blog aku kan. * jangan harap la, mimpik!! hahha, aku harap la diorang pantau perangai2 pekerja diorang ni, takot2 tak pasal2 t diorang bankrupt, tak pon kene boikot dek kerana perangai pekerja2 yang biadap nih. btol tak.hahha.=P
Bukan ni je yang aku pena jumpa, da macam2 pe'el dah aku jumpa. pekerja perempuan yang layan customer lelaki sampai liuk lentok and bile pompan muke cam rejimen askar melayu diraja pon aku da pena jumpa. haha. cam nih punye manusia pon ade kan. haishh.
Tu yang jadinya, diberi susu dibalas tuba, orang tanya baik2 tapi dibalas dengan .....................tettttt. paham2 je la. kay la tu je nak crita. semoga orang2 yang dimaksudkan di atas, mendapat Hidayah dari Allah. Amin. :)



p/s : Budi bahasa budaya kite :)



Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Olympus Lendu.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Olympus Lendu? haha. lek lek lu. bkn ape pon .nk citer sal sukan olimpik London je der. bukan hape pon. tajok je lebey. ape la kau nih.hohooh ;p
'Pejam pelik pejam pelik' da bape minggu kan kite berpuasa and da bape minggu jugak la Sukan Olympic London 2012 ini da berlangsung and da sampai ke penghujung da pon. ari ari jugak la aku layan, daripada swimming sampai judo aku tengok.tp yang paling pebret mestilah sukan2 dalam air and olahraga. Malaysia da ade 2 pingat satu dri Ah Wei lagi satu dari Pandalela Aspalela.hahahha. okay la tu kan bukan senang nk "celen" ngan orang2 putih tu. last semalam aku tengok pungutan pingat USA yang atas, then China. Wow bile la Malaysia nak jadi hebat cam tu kan.kan.
Tp aku bukan la nak citer sam sape terre, sape dapat emas, kenapa pandalela tak dapat emas, or kenapa Lindan tu warga China. aku just nak share satu bende yang terjadi ari tu bile aku tengah layan Synchronised swimming kat channel EO3. Ade 6 pasukan yang masok final : Russia, China, Spain, Canada, and Egypt. tenga aku dok syok2 tengok, tetibe adik aku tanya. " wei diorang tak malu ke pakai macam tu? " aku malas nak layan soklan yang die tanye and malas nak pike jugak. pastu tetibe die tanya lagi, "syida, kalau diorang period cane nak joget dalam air? " gedebuk setepek kat muke aku. punyalah mendalam budak nih pike.soklan ni klaka tapi aku pon sebenanye tak pasti dengan jawapannye. punya la lame aku layan sukan air nih tak pena pon aku terpike pasal nih. and sebab tu jugak la aku tak senang duduk. berpusing2 kepala otak aku dok pike.haha.  satu malam aku tak tido.dok pike jawapannye.hahha. apeda. haaaaa. korang tau ke? =P









p/s : diorang pakai tampon kot. kot la kot. hahha =P


Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Thursday, August 9, 2012

Lailatul Qadar.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Maksud Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.


Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
Isnin - 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
Khamis - 25 Ramadhan
Sabtu - 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.








p/s : mungkin ini Ramadhan yang terakhir untuk kita. 



Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Friday, August 3, 2012

Antara facebook, result & Alhamdulillah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Mesti korang tertanya2 kan, apekejadahnye tajok entry aku kali nih kan. ha.ha.ha. saje2 je. sempena announcement result semalam. dunia facebook nih macam dah kene serang ngan pelajar2 Uitm.hahha. ala normal la tu. every sem pon macam tuh kan. Perkataan "Alhamdulillah" bagai dah sinonim kat wall masing masing bile musim result kua nih. tapela. aku bangga dengan korang korang sume. atleast kite semua tau nak bersyukur.betol tak. Alhamdulillah, semua yang berjaya tak lupe nk bersyukur kepada Allah, and yang lebih pentingnye yang tersungkur pon tetap Alhamdulillah jugak tanda ikhlas dan redha menerima qada' dan qadar. tak sume orang macam tuh. kat dunia ni pon ramai yang lupe diri bile dah berjaya, tak ingat yang tu sume datang dari Yang Esa. Nauzubillah. semoga kita dijauhkan dari menjadi golongan yang lupe pada nikmat Allah. Amin.

ermmm. result aku? haih, aku tetap bersyukur. semua lulus. walaupun jet ANC dah berlepas meninggalkan aku.haha. tapela. aku still akan berusaha lagi sem depan. naek kapal terbang Dekan pon jadilah. tak dapat selempang, dapat duduk kat kelas pertama pon Alhamdulillah. :) haishhh, bile dah 2 sem straight dapat DL and suddenly, tergelincir sikit from tangga DL tuhh, walawei wa cakap ngan lu mat. menusuk siot.haha. perasaan bile tak dpt teroskan impian ANC sem nih memang pedih. ape punye musibat la. tuhh satu cerita. perasaan bile sipi2 nak DL tuhh lagi haru biru. hati ni rase macam kene rendam ngn air cuka campo minyak tanah! *cube korang bwat tgk jadi ape.haha. Tp nih dah tertulis. Dia dah rancang yang terbaik untuk aku. and aku redha. *uuuwaaaa. T_T
Bile da terlepas jet ANC, kompem2 la aku da takan dapat naek jet tu lagi kan. even dapat 4 flat mase part 8 nanti pon, tetap takan dapat lagi ANC tu. tp Insya Allah, aku akan pastikan memory 4 flat time diploma dulu berulang lagi. *semangat tu penting, yang laen belakang crita.haha. sekarang nih aim nak kelas pertama jela. angan2 tu penting bai. selagi ade doa, selagi tu ade harapan. and selagi ade usaha selagi tuh ade jalan. ye tak? aku tak bole la nk usaha g pujuk naib canselor tu supaya DL kan aku sem nih. memang tak la. *kang tak pasal2 kasot die setepek kang kat muke aku.hahha. tp atleast aku bole usaha maintain ape yang ade sekarang. btol tak. * positivenye aku arini.haish2. 

so kawan kawan, kamon la, wake up, sape2 yang gagal ke, repeat ke, tak capai target ke, tak dapat DL ke, tak dapat 4 flat ke, pendek kata tak dapat ape yang diimpikan, kamon la, wake up and fight for what u want. kite bukan stop takat yang gagal tuhh je, gagal tuh kite jadikan langkah pertama untuk berjaya in future. and kene slalu ingat rezeki ade kat mane2. mungkin bukan kali nih tp akan datang. Allah tu kan Maha Pemurah, Pengasih and Penyayang kan. :)



kat bawah nih aku sajikan la dengan gamba2 time aku g Majlis Anugerah Dekan Uitm Kampus Bandar Melaka. hehehe :) * sumber gambar : blog gma.


nih time first sem Bachelor of Accountancy (part3)


nih plak 2nd sem B.Acc (part4)


so sad sem nih tade rezeki. :(





i'll do better for part6 &part8. promise. :)



p/s : hopefully that the upcoming dinner, all my besties will b there with me. ♥ ♥ ♥



Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Wednesday, August 1, 2012

Hijab.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tudung ke hijab ke sume bwk maksud yang same kan. kalau kite tgk skrg nih. dah macam2 pesen tudung dah orang gayekan. kadang2 da macam alien da aku tengok. bukan nak kutok la. tp kadang2 kite kene pk gak. sesuai ke idak? cantik ke idak? btol tak. btol tak. yela memang la hak asasi masing2 nak gayekan macam mane pon.tapi tapi tapi kan.ianya pon melibatkan mate aku gak yang dok tengok nih *yang aku gatal sangat nak tengok kenape.sure aku jelesss sebab tak dapat pakai macam tuh kan. Dushhhhh. 
Tengok cik artis pakai cantik beno.molek beno. tp bile den torai. hancusss!! adoyai. kadang2 aku tengok ade certain2 pesen tudung nih. da macam pakai tuala kat kepala. tak pown bak kate aflin shauki " kucing parsi meninggal atas kepala.hahha " kalau bagi aku la *ni pandangan peribadi okay. aku ske yang simple2 je. tak suke tudung kedut2 la. tudung ala2 "jadoo" aka alien hritic roshan la. tak pon tudung ala2 langsir kat kepala.haha. *hebakk mung langsir bole bwat tudung.hewhewhew, adoi. tak minat la. bagi aku yang relevent sekarang nih tudung sarung, tudung syria, tudung bawal or shawl biase2 je. yang nih lagi nampak kemas and ayu. actually nampak kemas and ayu bile care pemakaiannye btol. :)
sudah. sudah. da malas la nak cakap lg. lantak pi la nak pakai lagu mana pown. yang penting. tutup aurat tau.tau. Mungkin if rope mcm dak Heliza tu pakai ape pon tetap cantik kan. Rope aku tade la se "heliza" sangat, so aku pilih yang simple and yang sesuai ke mane sahaja - tudung bawal :)

kat bawah nih ade la sket gamba yang korang bole jadikan inspirasi untuk berhijab :)
sumber : Google je. 




wardina ngn tudung sarungnya. cantik. :)

cantik.manis. dan tutup aurat :) 

Pakai shawl je. simple tp cantik. :)

kalau aku pakai cm ni. kompem hancuss!

Diana Amir dengan tudung syria :)

Heliza dengan tudung bawal. tetap cantik :)

tetap menarik and yang penting tak merepek ;)


yang bawah2 nih korang nilai la sendiri tau.






p/s : Papehal pon, bersyukur la dengan ape yang ade. Pakai la tudung sebab Allah yang suro. bukan sebab fesyen yang suro. okay. got it? No? dush3. padan muke. =P



Just sharing. Thanks for reading heeee :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...